INILAH HARISSA ADLYNN, PENYANYI LAGU LATAR ROMANTIK VIDEO NIKAH #FATTZURA. FUH, BARU 14 TAHUN RUPANYA!

Mesti anda dah tonton video pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang menggunakan lagu romantik nyanyian seorang penyanyi wanita.

Untuk makluman, lagu yang romantik itu dinyanyikan seorang penyanyi baru bernama Harissa Adlynn Halim.

Apa yang menarik, gadis manis berbakat besar ini hanya berusia 14 tahun.

Ini ialah video muzik rasmi lagu tersebut yang diterbitkan oleh Warner Music Official. Ianya dicipta oleh penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi, Aizat Amdan.

Ia juga runut bunyi bagi filem ‘Wanita Terindah’ yang menampilkan Fattah Amin dan Fazura di Astro First Eksklusif. Untuk seorang remaja 14 tahun Harissa sebenarnya sudah mempunyai latar belakang membanggakan dalam bidang seni, di mana beliau sering mewakili Malaysia di luar negara untuk persembahan tarian tradisional dan juga moden.

Selain itu, penyanyi bersuara lunak ini juga aktif dalam bidang akademik di mana dia pernah menyertai Asean Education Challenge di Chiangmai, Vietnam.

Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Ini ialah versi Inggeris untuk lagu yang sama, di mana liriknya ditulis sendiri oleh Harissa:

Selamat maju jaya diucapkan buat Harissa.

Sumber – beautifulnara.com via himpunanmedia.com

Suka Pulak admin tengok video kahwin Fattzura.. Nah, sapa nak layan lagi video sila tonton

Tahniah Fattzura!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*